Minggu Ke - 6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Alhamdulillah, aku bersyukur padamu Ya Allah!... Tuhan sekalian Alam... yang masih memanjangkan usia aku untuk menulis setelah lebih sebulan menyepi. Selawat dan salam pada Rasul junjungan, Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan para sahabat.

Dalam sebulan ini, banyak juga perkara yang terjadi dalam hidup aku seharian. Ada diantaranya yang agak menggusarkan fikiran, membuatkan aku sedih dan macam-macam perasaan yang lain. 3 minggu sudah, PESDC sudah mempunyai bos baru, seorang wanita. Seorang yang suka bersembang dan mengenali satu sama lain. Mungkin itu cara beliau sebagai permulaan untuk memulakan tugas sebagai GM yang baru. Kadangkala agak rasa rindu pada bos yang lama. Namun, bak kata orang2 lama, patah tumbuh hilang berganti.

Dalam aku menjalani kehidupan aku sehari - hari. Dua minggu lepas, isteri tercinta mula sakit - sakit. Sering saja dia mengadu pening - pening kepala di waktu pagi. Pada mulanya aku tak ambil pusing sebab memang selalu jugak isteri mengadu pening - pening. Tapi kali ini, sakitnya datang sekejap, kemudian hilang dan kemudian datang lagi.

Hujung minggu sewaktu aku pulang ke kampung halaman di Parit, dia ada juga mengadu haid yang dialami setiap bulan tidak datang. Aku mula syak dan rasa lain. Ada juga perasaan gembira di hati, namun terlalu untuk awal untuk aku gembira... mungkin ada sebab lain?

Rabu minggu lepas, isteri mengadu pening - pening dan tak bertenaga. Mulanya aku pujuk untuk pergi buat pemeriksaan di klinik. Dia menolak. Petang itu, agak rasa rindu di hati pada bonda tercinta. Lalu terus aku menghubunginya. "Mak sihat-sihat jer.. apok (panggilan tuk ayahanda tercinta) pun sihat"... kata mak yang aku dengar dari hujung henpon 6630 aku. Bila mak dapat tau menantunya pening - pening dan tak sihat, ada suara gembira yang keluar dari mulut mak. Beria - ia mak menyuruh aku membawa isteri aku ke klinik. "Insya Allah, lepas Maghrib Rir bawak" jawab aku untuk menghilangkan kerisauan mak. Itulah mak aku, sayangnyer pada suami dan anak - anak tak mampu tuk aku ceritakan. Sekarang, kasihnya dicurahkan juga pada menantu sulung keluarga dan mungkinkah akan ada kasih yang akan dicurahkan untuk cucu pertama keluarga?

Alhamdulillah, isteri setuju juga untuk buat pemeriksaan di klinik selepas aku pujuk dan selepas tahu mak mertua pun menasihati supaya pergi. Selepas Maghrib aku bawa isteri ke Klinik Safri & Hamimah cawangan Batu Gajah. Hujan renyai - renyai malam tu. Dalam perjalanan isteri sempat bertanya " kalau betul ayang mengandung macam mana?". Jawab aku "abanglah orang yang paling gembira malam ini"

Tak sempat 2 minit menunggu, nama isteriku dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Aku turut sama masuk, sebagai penguat semangat isteri. Namun di dalam hati, hanya Allah je yang tau. Dup dap dup dap. Setelah ditanya satu dua soalan dari doktor, doktor menyuruh pembantunya untuk mengambil ujian kencing dari isteriku. Sementara aku menunggu bersama doktor, doktor ambil satu "kalendar khas" berbentuk bulat. Dipusing - pusingnya kalendar tu dan terangguk - angguk dia. "Mungkin isteri encik mengandung... tanda - tandanya dah ada. Ujian air kencing akan sahkannya" kata doktor yang nampak serius. Tak perasan pulak aku nama dia.

Bila isteri keluar dari bilik belakang. Sudah terpancar kegembiraan dan senyuman dari bibirnya. Secara automatik aku pun senyum. Isteriku pernah bertugas sebagai pembantu klinik sebelum aku berkahwin dengannya. Mungkin dari tester tu dia dah tau keputusan walaupun belum diberitahu oleh doktor.

Doktor tu kembali terangguk - angguk. "Isteri encik mengandung. Kalau ikutkan dari jadual ini, isteri encik dah mengandung 5 minggu dan dijangka akan melahirkan anak pada 21 April 2009" kata doktor sambil memasukkan tester ke dalam beg plastik ubat dan menyuruh isteriku menyimpannya. Perasaan masa tu... sukar digambarkan. Syukur alhamdulillah. Rasa nak melompat pun ada.

Di dalam kereta, kuucapkan tahniah pada isteri tercinta dan kucium pipinya. "tahniah untuk abang juga" katanya. Dalam perjalanan masing - masing tidak sabar untuk menalifon keluarga di kampung dan menyampaikan berita gembira tu.

Kedua - dua keluarga memang gembira dengan perkhabaran tu. Macam - macam nasihat dari mak dan mak mertua. Seorang nak jadi opah dan seorang lagi nak jadi embah untuk cucu sulung dalam keluarga. Adik aku di KL pun gembira sesangat bila terima sms dari aku. Tak sabar nak jadi Mak Teh dan shopping tuk anak sedara katanya.

Hari ini, genap seminggu aku menerima berita gembira itu. Dalam gembira dan menerima ucapan tahniah dari kawan- kawan dan keluarga. Agar gusar juga memikirkan keadaan isteri di rumah. Semalam dan hari ini agak kuat alahnya. Asyik baring dan tidak bermaya.

Moga isteri dan kandungan sentiasa selamat dan mendapat lindungan dan rahmat dari-Nya.

Untukmu isteri tercinta, Azmiatul Khairiah... Tahniah dan terima kasih, moga kasih sayang dan cinta kita makin erat dan kuat dari hari ke hari. "Abang terlalu menyintaimu ayang"

Wednesday, August 27, 2008

1 Comment:

ReZa said...

sama macam perasaan aku masa wife aku mula2 mengandung dulu...sekali lagi..tahniah Rir..

 
~ SuKaSuKa ~ - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger