Petang ni aku duduk di meja trainer, mengawas student aku buat penilaian prestasi. Satu round aku buat lima orang ... yang lain menunggu kat lab pneumatics. Bosan pun ada bila mengawas diaorg buat exam ni. Kalau nak kira, aku pi minum kat kafe pun leh ni. Kalau diaorg meniru pun tak guna... benda kena guna kemahiran... kalau tak tau... kantoi gak...
Namun disebabkan rasa tanggungjawab... aku setia duduk di meja aku ditemani Acer Aspire aku ni.
Bila mengenangkan tanggungjawab... byk perkara yang dah jadi beban tanggungjawab aku. Kalau dulu aku hanya sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang pelajar, seorang ahli masyarakat, seorang ketua, seorang pendidik dan 29 Mei lalu tanggungjawab aku bertambah menjadi seorang suami.
Bukan mudah nak menjalankan setiap tanggungjawab yang aku nyatakan, begitu juga untuk jadi seorang pemimpin. Mampukah aku tuk jalankan tanggungjawab dan amanah?... Bila teringatkan isi - isi dari tazkirah dulu2... "setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu pimpin"... gerun jugak rasa di hati.
Kalau ditoleh balik ke belakang. Kalau dinilai balik diri ini... byk lagi kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki. Byk perkara agama yang aku masih jahil... begitu jugak dengan perkara dan ilmu dunia. Teringat pesan seorang ustaz aku dulu... "setiap muslim mesti ada tanam satu cita2 paling besar... iaitu untuk berjaya di dunia dan diakhirat..." persoalannya... mampukah aku???
Mampukah Aku?
Posted by Shahrir at 3:32 PM
1 Comment:
ooo..senyap2 dah ade blog yeee... x bagitau aku pun...joomla ko ape citer?
Post a Comment