Kenduri Kahwin

Wednesday, March 25, 2009

Dari seorang guru...

MENGAPA MANUSIA SEMAKIN BERANI MENENTANG ALLAH SWT SECARA TERBUKA

Sejak akhir-akhir ini, para ulama sering menekankan keperihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup yang semakin tersasar daripada landasan Islam yang sebenar. Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan serta disuburkan oleh kerajaan yang bertopengkan Islam.

Kecenderungan jiwa atau manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah, sebab itu Al-Quran mendedahkan bahawa penghuni neraka lebih ramai dari penghuni syurga. Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan mereka bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad S.A.W, menolak Al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hakamNya. Justeru itu, mari kita menyingkap pandangan ulama' berhubung beberapa faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah S.W.T

  1. Alpa atau lalai terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini
  2. Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam
  3. Jahil mengenai Allah, suruhan dan laranganNya, pahala dan dosa serta syurga dan neraka
  4. Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan
  5. Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampunan dan taubat kepada Allah
  6. Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya)
  7. Tidak mempercayai qada' dan qadar Allah malah mempertikaikannya
  8. Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya
  9. Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia)
  10. Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam
  11. Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak
  12. Terlibat dengan perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah
  13. Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya
  14. Suka bergaul dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh
  15. Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka
  16. Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep Islam sebenar seperti melabelkan orang Islam seperti pengganas
  17. Meninggalkan tugas utama Amar Makruf Nahi Munkar
  18. Bergelumang dengan adat-adat yang menyalahi Syariat
  19. Menolak sumber ajaran Islam (Al-Quran dan As-Sunnah) sebaliknya terpengaruh dengan akal fikiran dan mempertuhankannya.

Thursday, March 12, 2009

Belalang & Bunga

Hari tu aku dok belek2 bunga2 depan umah... aku ternampak...

Senja...

Pemandangan senja di Parit 15A, Sg Lampam, Teluk Intan, Perak



Wajah baru ???

Minggu lepas aku sibuk buat balik blog aku... tah ape kena dengan template yang aku rembat hari tu... ada problem ngan photobucket...

ni la wajah blog aku yang baru... amacam, cun?.. hehehe

hari ni gak aku dah join satu group... belajar pasal DLSR dari otai2...

Monday, March 2, 2009

 
~ SuKaSuKa ~ - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger