Mengantuk & Rindu




Dah lama aku tak menulis sesuatu di dalam blog aku ni. Dah bersawang rasanya.

Petang ni baru aku terpanggil tuk menulis dan letak satu gambar tuk tatapan aku dan kawan2 (mungkin). Hari ni aku agak mengantuk... maybe lepas seminggu buat bisness malam2 baru terasa penatnya. Baru tau mcm mana rasa org meniaga cari duit tuk anak isteri... dah terbiasa ngan kenyamanan aircond ofis, tetiba kena bersengkang mata... penat juga akal dan fizikal aku ni... mujurlah hari ni aku ada kelas nak kena handle... kalau tak, maunya aku terlena dalam ofis kecil aku tu.

Hari ni gak aku amat rindu pada puteri kecilku..pada isteri tercinta. Baru dua hari terpisah... kerinduan amat mencengkam rasanya. Selalu balik kerja aku dihiburkan dengan keletah anak kecilku aliya sofiah... namun dua hari ni rasa sunyi sgt2 rumah aku tu. Rindu gak pada isteri..pada senyuman dan masakkannya.

Jumaat kalau takdak aral melintang aku akan ke kem sg pauh, cameron highlands. Bukan tuk bercuit, namun nak bawak students tuk satu program anjuran pejabat belia. Aku dah pasti akan jadi pegawai pengiring... mungkin akan ada satu dua gambar yang akan aku bawak pulang nanti.

Dan kerana itulah aku hantar sementara anak dan isteri ke sungai lampam, teluk intan.

Petang ni juga selepas kerja aku akan ke lenggong tuk hantar isteri wan, kawan baik aku yang akan turut serta dalam program tu.

Tak sabar rasanya menunggu ahad... tuk bermain dan melayan kerenah aliya... rindunya ayah padamu sayang...

Tuesday, November 10, 2009

0 Comments:

 
~ SuKaSuKa ~ - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger