Mengantuk & Rindu
Dah lama aku tak menulis sesuatu di dalam blog aku ni. Dah bersawang rasanya.
Petang ni baru aku terpanggil tuk menulis dan letak satu gambar tuk tatapan aku dan kawan2 (mungkin). Hari ni aku agak mengantuk... maybe lepas seminggu buat bisness malam2 baru terasa penatnya. Baru tau mcm mana rasa org meniaga cari duit tuk anak isteri... dah terbiasa ngan kenyamanan aircond ofis, tetiba kena bersengkang mata... penat juga akal dan fizikal aku ni... mujurlah hari ni aku ada kelas nak kena handle... kalau tak, maunya aku terlena dalam ofis kecil aku tu.
Hari ni gak aku amat rindu pada puteri kecilku..pada isteri tercinta. Baru dua hari terpisah... kerinduan amat mencengkam rasanya. Selalu balik kerja aku dihiburkan dengan keletah anak kecilku aliya sofiah... namun dua hari ni rasa sunyi sgt2 rumah aku tu. Rindu gak pada isteri..pada senyuman dan masakkannya.
Jumaat kalau takdak aral melintang aku akan ke kem sg pauh, cameron highlands. Bukan tuk bercuit, namun nak bawak students tuk satu program anjuran pejabat belia. Aku dah pasti akan jadi pegawai pengiring... mungkin akan ada satu dua gambar yang akan aku bawak pulang nanti.
Dan kerana itulah aku hantar sementara anak dan isteri ke sungai lampam, teluk intan.
Petang ni juga selepas kerja aku akan ke lenggong tuk hantar isteri wan, kawan baik aku yang akan turut serta dalam program tu.
Tak sabar rasanya menunggu ahad... tuk bermain dan melayan kerenah aliya... rindunya ayah padamu sayang...
Tuesday, November 10, 2009
Posted by Shahrir at 4:51 PM 0 comments
3 Majlis Berbeza
Assalamualaikum...
Ni ada 3 gambar yang aku shoot dari 3 majlis berbeza. Semua aku shoot tuk dapatkan pengalaman. 1 sen pun tak amik.
Majlis Pertunangan Adik, Rohayu Alias
Majlis Pernikahan Zaflin & Shima
Majlis Perkahwinan Kawan Baik, Mahadir dan pasangan - outdoor
Wednesday, September 30, 2009
Posted by Shahrir at 10:23 PM 0 comments
Shima & Zaflin
Gambar ni aku amik masa aku tag ngan sorang kenalan dari forum temanphotographer, Vandachrome. Cuba tuk menggunakan Lens Canon 50mm, f/1.8 aku. Just post satu keping di sini.
Yang lain ada di flickr aku
Tuesday, September 29, 2009
Posted by Shahrir at 4:46 PM 0 comments
Assalamualaikum semua...
Ramadhan 1430 kian di penghujung. 1 Syawal bakal menjelma. Akhir Ramadhan ditangisi, Syawal menanti untuk merayakan perjuangan selama sebulan. Moga "latihan" selama sebulan tidak berakhir di situ. Moga ianya akan berkekalan. Moga berpanjangan. Moga Allah menerima ibadah kita yang kita lakukan.
Tuk teman2 semua... maaf dipinta jika ada diri ini melakukan kesilapan atau ketelanjuran kata dan perbuatan yang mungkin ada secara sedar atau tidak telah aku lakukan. Aku hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Moga kalian sudi memaafkan aku.
Moga kalian selamat di perjalanan dan perantauan. Moga kalian sampai ke destinasi dengan selamat dan ceria. Moga insan yang menanti juga gembira dengan kepulangan kalian.
Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan ceria tuk kalian semua.
Kulla 'amin waantum bikhair
Friday, September 18, 2009
Posted by Shahrir at 11:53 AM 0 comments
INSEP STUDENTS
Ini gambar aku ngan student INSEP kursus Automations & Robotics. Skang ni diaorg tengah praktikal. Harap2 korang semua dapat praktikal ngan baik.
Wednesday, September 16, 2009
Posted by Shahrir at 2:19 PM 0 comments
Mereka
Dari jauh kesibukan kota, anak-anak kecil gembira bersama selut dan kotoran. Sedangkan anak di kota sibuk dengan McD dan ps mereka...
Wednesday, September 9, 2009
Posted by Shahrir at 11:22 AM 0 comments
Kami
Gambar ni diambil oleh En Padil... aku mintak kebenaran amik dari blog dia, edit lebih kurang n post. Cuba tuk gunakan texture pada gambo ni... tapi ada lak yang terblend sekali ngan part2 yang tak sepatutnya. Gambar ni aku suka sebab ada ekspresi ceria dari kami semua (termasuk aku yang tersengih tuh.. heheh)
Thursday, September 3, 2009
Posted by Shahrir at 9:00 AM 0 comments
Ping Pong 3D - Free online flash game
Ping Pong 3D - Free online flash game
Tuesday, August 18, 2009
Posted by Shahrir at 4:58 PM 0 comments
Gambar Tak Menjadi
Gambar ni byk kekurangan... tapi aku puas hati ngan hasil godek2 aku dalam photoshop. Aku harap sok lusa aku dapat perbaiki lagi hasil aku.
Kepada pengunjung2 blog aku... kritikan amat dialu2kan... :D
Friday, August 14, 2009
Posted by Shahrir at 11:45 AM 1 comments
Aktiviti Hujung Minggu
28 Jun 2009, Ahad (semalam) aku pi buat eksperimen yang dikendalikan oleh cikgu zoolx. Dia nak buat eksperimen CLS, so aku mintak la nak join. Ni la hasil tak seberapa dari 1kD aku
Sifu, Cikgu zoolx
Model utama, Kicap
Ni lak promote muka sendiri... kua kua kua...
Posted by Shahrir at 11:18 AM 0 comments
Sabtu lepas, 20 Jun 2007 geng BP menganjurkan satu sessi photoshoot... aku join la sama. Tuk tambah satu dua ilmu... tapi bukan seni aku dalam bab ni kot... amik pun tak byk... byk memerhati jer. Just nak share gambar geng2 BP...
Ni khas tuk EA..hehehe
Monday, June 22, 2009
Posted by Shahrir at 12:53 PM 1 comments
Jam Matahari
Tadik line internet terputus lama gak la... busan lak aku.
Aku bukak photoshop, bukak satu gambar... edit main belasah...
Nilah hasilnya...
Sebelum
Selepas
Wednesday, June 17, 2009
Posted by Shahrir at 4:48 PM 0 comments
Jamil & Gma
Hari tu aku sempat menghadiri majlis walimatul urus kawan teknik aku Jamil Fitry Razali dan pasangannya budak teknik gak (Gma) <---- betul rasanya. hehehe Ni geng aku melawak... drebar kalau aku pi KL... so, aku kensel satu job wedding tuk pi kenduri kawan sepergaduhan aku ni. Hehe... Mamat ni asyik nak melawak jer...sapa yang tak tahan, mau bergaduh. Tapi ngan aku... aku dah kenal sgt mamat ni... kunun nak berunion...cehh... Apa pun tahniah tuk korang. Moga segalanya selamat dan seperti yang dirancang. Selamat Pengantin Baru dari aku... semoga kekal hingga ke akhir hayat.
Friday, June 12, 2009
Posted by Shahrir at 10:28 AM 1 comments
Eksperimen Outdoor
dah 3 posting gambar adik ipar aku.
Tuk Ani & Nasir, selamat pengantin baru. Moga jodoh kalian berkekalan dan sentiasa dalam lindungan dari rahmat dari yang maha esa.
Thursday, June 11, 2009
Posted by Shahrir at 2:11 PM 2 comments
Potraitkah ini?
Dengan pakai baju kerja aku pi jumpe Cikgu Zoolx... sempat la belajar satu dua teknik editting...Gambar ni aku edit dia punya background... lepas TT ngan cikgu Zoolx semalam. Kul 1 pagi.
Thursday, June 4, 2009
Posted by Shahrir at 12:20 PM 0 comments