Petang ni aku duduk di meja trainer, mengawas student aku buat penilaian prestasi. Satu round aku buat lima orang ... yang lain menunggu kat lab pneumatics. Bosan pun ada bila mengawas diaorg buat exam ni. Kalau nak kira, aku pi minum kat kafe pun leh ni. Kalau diaorg meniru pun tak guna... benda kena guna kemahiran... kalau tak tau... kantoi gak...
Namun disebabkan rasa tanggungjawab... aku setia duduk di meja aku ditemani Acer Aspire aku ni.
Bila mengenangkan tanggungjawab... byk perkara yang dah jadi beban tanggungjawab aku. Kalau dulu aku hanya sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang pelajar, seorang ahli masyarakat, seorang ketua, seorang pendidik dan 29 Mei lalu tanggungjawab aku bertambah menjadi seorang suami.
Bukan mudah nak menjalankan setiap tanggungjawab yang aku nyatakan, begitu juga untuk jadi seorang pemimpin. Mampukah aku tuk jalankan tanggungjawab dan amanah?... Bila teringatkan isi - isi dari tazkirah dulu2... "setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu pimpin"... gerun jugak rasa di hati.
Kalau ditoleh balik ke belakang. Kalau dinilai balik diri ini... byk lagi kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki. Byk perkara agama yang aku masih jahil... begitu jugak dengan perkara dan ilmu dunia. Teringat pesan seorang ustaz aku dulu... "setiap muslim mesti ada tanam satu cita2 paling besar... iaitu untuk berjaya di dunia dan diakhirat..." persoalannya... mampukah aku???
Mampukah Aku?
Posted by Shahrir at 3:32 PM 1 comments
Buatmu Ibu
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com
Ibu, bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Wednesday, July 9, 2008
Posted by Shahrir at 12:30 PM 0 comments
Kem Keusahawanan - Pulau Tali Kail, Tasik Banding,Temenggor
03 - 06 Julai 2008, aku berpeluang mengikuti satu kem keusahawanan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta dan UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak di Pulau Tali Kail, Tasik Banding, Temenggor, Perak.
Pada mulanya aku tak bercadang pun nak join kem ni, walaupun aku aku tau tugasnya cuma monitor students yang pegi. Opismate aku dah dua orang isi nama, so dapat la aku lari dari pi. Last2, petang Rabu (02 Jul), Azwan YM aku dan suruh aku pegi jugak sebab member yang sorang lagi kensel nak pegi. Macam2 dia pujuk aku... memang aku pernah janji nak pegi ape2 program student sama-sama... tapi tu dulu... time aku bujang... skang ni dah beristeri... berat gak rasa nak pegi... last2, aku setuju la nak pi... petang tu jugak hantar wife ke kampung... oh beratnya hatiku nak pergi...
Perjalanan bermula pada pagi Khamis, 03 Julai. Mula2 berkumpul di Asrama PESDC dan kemudian menuju ke APBM. Kat situ, ada sedikit taklimat dari ketua program dan pendaftaran peserta... perjalanan bermula pada pukul 11.00 pagi dengan dua buah bas dan satu van menuju ke Rumah Rehat Grik.
Sampai di Rumah Rehat Grik dalam pukul 1 petang. Makan tengahari dan solat zohor di sana. Lepas tu, singgah di The Store Grik (kot2 nak beli apa2)... kul 2.30 mcm tu... bertolak ke jeti (berhampiran dengan jambatan Tasik Banding).
Kat jeti kami semua berkumpul, masa ni geng PESDC satu group... geng UiTM satu group... geng bebudak sekolah pun satu group... lecturer ngan staff APBM satu group... aku ngan Wan join group PBE PESDC.
Lepas tu, si Janggut @ Jali kasik taklimat sket pasal cara pemakaian BA. Nama penuh aku dah lupa. Tapi bende yang mcm life jacket tu le... aku pun dengar sama, sebab aku pun tak pernah pakai mende tu.
Aku naik bot terakhir (sebab nak make sure semua student aku dah naik bot)... ada dalam 13 org yang naik bot terakhir... termasuk la dua lecturer UiTM. Tengah duk layan pemandangan kat Tasik Banding, brother yang bawak bot tu suruh si Wan lak bawak (maybe dia pun penat bawak bot, byk gak trip dia dah bawak)... Jaki gak aku tengok si Wan bawak, rasa nak bawak pun ada... tapi takpe la, dibantainya terbalik lak bot tu aku bawak, lagi naya. Wan takpe la... dia memang pengalaman bawak bot... maklum le nak pi umah mertua dia kena naik bot dulu...
Dalam 15 minit naik bot... kami pun sampai la ke Pulau Tali Kail (Pulau Perhutanan)... Alhamdulillah. Simple je pulau tu... jejak je kaki ke tanah, aku pun bawak la beg (yang aku rembat pinjam dari hostel)... aku ingatkan dapat la tempat kat chalet depan pulau tu... hampes, kenai mendaki lagi rupanya... aku pi ke tempat student... huh, takan nak lepak ngan student. Aku discuss ngan Wan, "Pacak khemah je la Wan, toilet pun dekat"... memang kat pulau tu dah disediakan tapak tuk perkhemahan... khemah pun memang aku dah bawak sebagai langkah berjaga - jaga kalau takdak tempat tidur.
Kami pilih port yang baik sket... start pacak khemah... ada yang menegur, slamber je aku jawab... "senang nak pi toilet sebab dekat"... Lepas siap pacak... ingatkan dapat la lepak dalam tu jap. Rupanya time nak bukak zip khemah tu, jahanam zip tu Wan kerjakan. Memang zip tu dah ada karat sket dan susah la nak bukak... ingatkan si Wan ni terer la nak solve problem tu... tapi... dipendekan citer, kena la gak duk kat "kandang kambing" yang bebudak fasilitator lain duduk. Khemah tu aku biarkan je kat tempat kami pasang.
"Kandang kambing"... nampak mcm kelakar, tapi kalau sekali tengok, memang mcm kandang kambing... ada dinding cuma ada sekerat kat bahagian kepala (time tido)...bahagian kaki takdak dinding... so sementara baring tu, dapat la melihat keindahan alam (terutamanya pokok buluh) di depan mata... terbayang gak, macam mana la pemandangan waktu malam... huhu...tilam aku tak dapat, nasib baik bantal ada... jadi la... tidur atas papan pun ok gak kadang2... dapat membetulkan kedudukan tulang...
Lepas solat jama' Maghrib dan Isya'... ada satu taklimat ringkas dari ketua program (Ust. Rock dari APBM)...lepas tu takdak pun aktiviti... aku naik "apartment" siap2 tuk beradu... Alhamdulillah, senang lak malam tu aku nak lelap (mungkin penat)... malam tu memang sejuk sgt2... kalah duk dalam ekon... kul 3 tersedar nak ke toilet... pergh..mencabar betul nak ke toilet... turun bukit dalam gelap... huh... mcm2 aku baca... akhirnya, misi berjaya dan aku sambung tido...
aku tersedar bila Fauzi Rakan Muda kejutan kami semua tuk sembahyang subuh (kuat betul setan time tu.. kunci jam pun tak sedar)...dalam mamai2 pi toilet ambik air sembahnyang... nak mandi?... pergh, sejuk. Selesai solat Subuh... aku sambung balik baring2... dgr dari jauh aku dgr Musa ngan Radzi bagi kuliah subuh dan buat zikir munajat...
Hari kedua, ada ceramah mengenai keusahawanan... cadang nak join jugak la, tapi aku pun lupa naper aku tak dapat nak join. Sempat dgr ceramah dari Tn Hj Affendi dari UiTM jer... tu pun dah part buat tai - chi. Hari ni kami tak pi sembahnyang Jumaat... buat solat Zohor jer...
Di sebelah petang, ada aktiviti air dan explorace... student dibahagikan kepada 7 kumpulan. Sebahagiannya buat aktiviti air dan sebahagiannya buat explorace. Kumpulan yang aku handle kena buat explorace. So, aku pun jadi la guard tuk aktiviti ni. Kena lak port paling jauh (tangki air). Wan dia jaga aktiviti air... mcm2 gelagat yg aku ngan geng fasilitator tgk... nak pecah perut gelak pun ada...
Malam tu... ust rock buat sesi cuci minda sket... ada gak yg menangis... aku sendiri rasa pilu... aku bab lain, takpe lagi... kalau bab mak ayah ni... syahdu gak rasa... ada yg cover line... tak tau la ego ker apa... cuma aku duk pikir... kalau ada yang tak rasa apa2... berkarat dah kot hati diaorg tu... bahaya2
Hari ketiga, Fauzi gak yang kejutkan tuk solat Subuh. Terlajak lagi. Lepas solat, pi sarapan... pastu join senaman pagi. Hari ni kami ada aktiviti jungle tracking. Bergerak dalam pukul 10 macam tu. Agak berat gak bagi aku yang dah lama tak beriadah macam ni. Selalu tu layan CSI ngan House kat AXN jer, hari kena la keluarkan peluh sikit.
Buat member2 yang biasa ngan aktiviti macam ni, rilek jer naik bukit yang agak curam tu. Orang macam aku ni, huh...rasa nak tercabut lutut dibuatnyer... berapa kali duk berenti ambik nafas... nasib baik la laluan dia memang laluan biasa dilalui...patut la En Mat Ranger kata kalau nak berlari pun leh... memang dah ok laluannya... hutannya penuh dengan buluh ngan pokok balak... kadang2 nampak la pemandangan tasik... Subhanallah... memang cantik...
Dalam satu jam perjalanan, kami sampai kat batu penanda... aku still confused tu batu tanda aras gunung ataupun batu sempadan kerajaan Siam Patani (dulu2)... kat situ sempat la berehat... ada taklimat dari En Mat... dan teka teki separa mengong dari Camp Com (En Zali @ Janggut)
Lepas tu sambung lagi perjalanannya... aku gerak antara yang last... bukan aper... kalau aku gerak dulu, dibantainya pancit tengah jalan..malu gak.. hua hua hua... cover line la sket... dan akhirnya kami sampai jugak ke menara tinjau Pulau Tali Kail... bangunan 3 tingkat... takleh naik ramai2...so Ust Rock arahkan tuk naik by group... memula aku duk kat bawah... isk.. lama sangat menunggu, aku belasah je naik (penantian satu penyiksaan)...
Kat atas tu... pemandangan memang cantik... aku sempat rakam pemandangan 360 darjah dari atas tu. Nampak la jeti tempat kami naik bot, jambatan yang merentasi tasik banding tu dan pulau2 sekitar... memang cantik... kami sampai tu pun dah nak tengah hari.... kalau pagi sket, mesti pemandangan lagi cantik... Subhanallah... kerdil sungguh rasa diri ni.
habis semua merasa naik menara pandang... kami bertolak pulang. Sempat la merakam sekeping dua gambar buat kenangan. Perjalanan menuruni bukit tu kena guna tali (tapi kalau tak pakai pun macam keh jer)... Thanks to saudara Musa sebab beri tunjuk ajar... camcorder aku pass kat Wan... mana aci, muka aku pun nak gak masuk dalam video.
Aku, Wan ngan Jali jalan last sekali... memula tu aku ngan Wan yang last. Si Wan cuba nak cabut pokok tongkat ali... huh, kantoi... ada cara kot. Pasal nak cabut tongkat ali punya pasal la kami jalan paling last. Pastu Jali tunggu... so kami bergerak la bertiga... sempat gak diaorg menanda kawasan kat situ... hampes...
dan.. akhirnya kami sampai kat perhentian bot... kami naik bot tuk kembali ke kem. Time ni, memasing dah penat... buaya2 darat pun kurang aktif ngan aktivit mengejas... hua hua hua...
aku naik bot yang last sekali... aiks ada lak pembantu bot... penin betul la si kembar ni... sampai kat kem... rasanya aku pi buat taik mata... penat...
Petang tu... ada aktiviti air. Aku join sama... mana tahan dgr ust rock ngan wan duk sindir2... so, aku turun la ngan perasaan cuak campur excited... cuak sebab aku tak tau berenang... excited...sebab.... excited la... takan la tak excited nak dapat berendam kat tasik banding... bukan senang ooo...
Malam tu ada la aktiviti malam kebudayaan dan BBQ... aku layan la gak tgk diaorg punya persembahan... not bad gak bebudak PESDC ni... ada gak la bakat2 terpendam... yang "tenggelam" pun ada... ratah ayam tak ingat punya... toman yang dibangga - banggakan ust rock pun kena belasah malam tu... aku tgk saiznya pun aku ngeri... tak secubit pun aku try... ikan besar2 ni bukan sedap pun...baik bedal ayam...
Tuk malam terakhir... aku tido... takyah pakai baju... tak tau la memang dah tak sejuk atau badan aku dah ngam ngan cuaca kat situ... seperti biasa, Fauzi datang tuk kejutkan bangun Subuh.
Pagi tu, lepas sarapan... sempat la aku join tuk aktiviti pagi tu... pastu... naik atas... tido. Aku bangun bila somebody (lupa la) kejutkan sebab Tn Hj Affendi nak feci tolong dia sket... Wan turun... aku duk lepak lagi kat apartment kami tu sambil transfer file gambar...
Kemudian aku turun gak ke dewan... sebab ada majlis penutup... kemudian aku balik ke apartment dan siap2 apa yang patut... simpan balik khemah... tgk2 tinggal aku ngan Wan je kat atas tu... yang lain semua dah siap packing...
Aku naik bot yang last... dalam kul 3.00 ptg gak la baru dapat naik... naik trip terakhir, so brother yang bawak bot tu pun bawak la laluan jauh sket...lagi lama la duk dalam bot dan makin byk la pemandangan yang dapat aku tengok. Kalau time datang hari tu Wan yang bawak bot... time balik ni, ada satu aweks tu yang bawak...
Tak lama kami berkumpul kat jeti... memasing dah penat... sempat la jumpe geng2 fasilitator tuk kali terakhir... time Fauzi shake hand... ada lak "selit"... rezeki... lepas la nak tuang minyak balik umah mertua nanti...
Dalam perjalanan balik... diaorg layan citer Mr OS. Aku layan buat taik mata. Students pun senyap jer... penat la tu... tak sedar dah sampai pekan Grik... kemudian masuk ikut Kati... lalu ikut Sayong terus ke bandaraya Paris... ikut lalauan Parit - Seri Iskandar... dan akhirnya kami sampai dalam pukul 6.00 ptg. Alhamdulillah...
Panaskan enjin kete... dan terus aku ke Teluk Intan... tak sabar rasanya nak berjumpa isteri tercinta...
Terima kasih untuk semua... Wan, amacam... nak pi lagi ker???
Posted by Shahrir at 10:30 AM 0 comments
Perkenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tidak ada banyak perkara yang ingin saya tulis. Hanya apabila ada sesuatu cerita atau isu dan ada kelapangan dari saya, Insya Allah saya akan menulis, untuk renungan kita bersama.
Salam dari saya untuk semua
Wednesday, July 2, 2008
Posted by Shahrir at 3:42 PM 1 comments