Azhan & Atikah

Wednesday, November 25, 2009

Gunung Berembun, Cameron Highlands




Monday, November 16, 2009

Mengantuk & Rindu




Dah lama aku tak menulis sesuatu di dalam blog aku ni. Dah bersawang rasanya.

Petang ni baru aku terpanggil tuk menulis dan letak satu gambar tuk tatapan aku dan kawan2 (mungkin). Hari ni aku agak mengantuk... maybe lepas seminggu buat bisness malam2 baru terasa penatnya. Baru tau mcm mana rasa org meniaga cari duit tuk anak isteri... dah terbiasa ngan kenyamanan aircond ofis, tetiba kena bersengkang mata... penat juga akal dan fizikal aku ni... mujurlah hari ni aku ada kelas nak kena handle... kalau tak, maunya aku terlena dalam ofis kecil aku tu.

Hari ni gak aku amat rindu pada puteri kecilku..pada isteri tercinta. Baru dua hari terpisah... kerinduan amat mencengkam rasanya. Selalu balik kerja aku dihiburkan dengan keletah anak kecilku aliya sofiah... namun dua hari ni rasa sunyi sgt2 rumah aku tu. Rindu gak pada isteri..pada senyuman dan masakkannya.

Jumaat kalau takdak aral melintang aku akan ke kem sg pauh, cameron highlands. Bukan tuk bercuit, namun nak bawak students tuk satu program anjuran pejabat belia. Aku dah pasti akan jadi pegawai pengiring... mungkin akan ada satu dua gambar yang akan aku bawak pulang nanti.

Dan kerana itulah aku hantar sementara anak dan isteri ke sungai lampam, teluk intan.

Petang ni juga selepas kerja aku akan ke lenggong tuk hantar isteri wan, kawan baik aku yang akan turut serta dalam program tu.

Tak sabar rasanya menunggu ahad... tuk bermain dan melayan kerenah aliya... rindunya ayah padamu sayang...

Tuesday, November 10, 2009

Cinta & Permata Hati


Saturday, October 10, 2009

Outdoor - Waterfront, Lahat


Monday, October 5, 2009

3 Majlis Berbeza

Assalamualaikum...

Ni ada 3 gambar yang aku shoot dari 3 majlis berbeza. Semua aku shoot tuk dapatkan pengalaman. 1 sen pun tak amik.

Majlis Pertunangan Adik, Rohayu Alias


Majlis Pernikahan Zaflin & Shima


Majlis Perkahwinan Kawan Baik, Mahadir dan pasangan - outdoor






Wednesday, September 30, 2009

Shima & Zaflin

Gambar ni aku amik masa aku tag ngan sorang kenalan dari forum temanphotographer, Vandachrome. Cuba tuk menggunakan Lens Canon 50mm, f/1.8 aku. Just post satu keping di sini.
Yang lain ada di flickr aku


Tuesday, September 29, 2009


Assalamualaikum semua...
Ramadhan 1430 kian di penghujung. 1 Syawal bakal menjelma. Akhir Ramadhan ditangisi, Syawal menanti untuk merayakan perjuangan selama sebulan. Moga "latihan" selama sebulan tidak berakhir di situ. Moga ianya akan berkekalan. Moga berpanjangan. Moga Allah menerima ibadah kita yang kita lakukan.

Tuk teman2 semua... maaf dipinta jika ada diri ini melakukan kesilapan atau ketelanjuran kata dan perbuatan yang mungkin ada secara sedar atau tidak telah aku lakukan. Aku hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Moga kalian sudi memaafkan aku.

Moga kalian selamat di perjalanan dan perantauan. Moga kalian sampai ke destinasi dengan selamat dan ceria. Moga insan yang menanti juga gembira dengan kepulangan kalian.

Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan ceria tuk kalian semua.

Kulla 'amin waantum bikhair


Friday, September 18, 2009

INSEP STUDENTS

Ini gambar aku ngan student INSEP kursus Automations & Robotics. Skang ni diaorg tengah praktikal. Harap2 korang semua dapat praktikal ngan baik.




Wednesday, September 16, 2009

Mereka


Dari jauh kesibukan kota, anak-anak kecil gembira bersama selut dan kotoran. Sedangkan anak di kota sibuk dengan McD dan ps mereka...

Wednesday, September 9, 2009

Jalan Pulang




Bulan


Monday, September 7, 2009

McD Teluk Intan


Kami

Gambar ni diambil oleh En Padil... aku mintak kebenaran amik dari blog dia, edit lebih kurang n post. Cuba tuk gunakan texture pada gambo ni... tapi ada lak yang terblend sekali ngan part2 yang tak sepatutnya. Gambar ni aku suka sebab ada ekspresi ceria dari kami semua (termasuk aku yang tersengih tuh.. heheh)


Thursday, September 3, 2009

Tarik Tali


Monday, August 24, 2009

Kawan - Kawan


Ping Pong 3D - Free online flash game

Ping Pong 3D - Free online flash game

Tuesday, August 18, 2009

Gambar Tak Menjadi

Gambar ni byk kekurangan... tapi aku puas hati ngan hasil godek2 aku dalam photoshop. Aku harap sok lusa aku dapat perbaiki lagi hasil aku.
Kepada pengunjung2 blog aku... kritikan amat dialu2kan... :D


Friday, August 14, 2009

R&R Tasik Raban


Thursday, August 6, 2009

Pulau Tali Kail

Monday, August 3, 2009

 
~ SuKaSuKa ~ - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger