Hari ini dan semalam (08 Sept 08 & 09 Sept 08) student aku menghadapi peperangan selepas setahun aku "basuh". Cuak gak aku ngan student aku kali ni, memang awal - awal aku dah sound diaorg, dari jangkaan aku separuh dari student kelas akan gagal final exam. Setahun aku ngan diaorg, memang byk mende aku tau sgt pasal diaorg. Ape yang aku sound tu memang ada betulnya (belajar dari pengalaman)... dan aku harap apa yang aku sound tu akan buat diaorg study lebih sket.
Peperiksaan teori berjalan dengan baik. Soalannya senang jer. Senang disebabkan soalan yang aku kasik tu memang aku amik bulat - bulat dari penilaian pengetahuan diaorg. Diaorg pernah buat salan tu. Sebab tu aku cakap senang.
Aku ngan PPL, En Kasim yang handle final exam kali ni. Lepas kami check jawapan, ada enam orang gagal. Tidak melepasi syarat 75% markah lulus. Nasib baik la ujian kali kedua dibuat. Kalau tidak, yang enam orang ni dah boleh packing barang dan balik kampung. Setelah penilaian kedua dibuat, Alhamdulillah, semuanya lulus.
Petang 08 September peperiksaan akhir praktikal pula dibuat. 6 orang student untuk batch pertama yang memulakan peperangan praktikal ni. Alhamdulillah, semuanya lepas. Soalan agak mudah sebab litar wiring telah diberi, tinggal untuk membuat pemasangan pada workstation. Aku mulanya mengagak soalan dari set satu lagi yang keluar. Kalau set tu yang keluar, pening gak student aku nak buat. Hehe.
Skang ni, batch kedua sedang buat ujian akhir praktikal. Aku akan update blog ni petang ni atau minggu depan. Esok sampai Jumaat aku cuti. Menghabiskan cuti tahun aku yang masih berbaki 25 hari.
Final Exam Batch Ogos 2007
Posted by Shahrir at 11:52 AM 0 comments